Cari Blog Ini

Khamis, 29 Disember 2016

Tidak seperti jenis tebu yang lain, tebu telur atau duruka ini menghasilkan telur atau bunga di setiap pucuk pokok yang boleh dimakan sebagai sayur. Nama saintifik bagi tebu telur atau duruka ialah Saccharum Spontaneum var. edulisdalam keluarga Poaceace. Sekeluarga dengan pokok tebu-tebu yang lain. 




Di negara kita Malaysia tidak ada menanam pokok ini secara ladang adapun menanamnya hanya ditanam sepokok dua di kebun atau laman rumah untuk kegunaan sendiri. Di negara kita Malaysia, Istilah tebu telur diguna pakai untuk mengenali tumbuhan ini. Di negara Indonesia pula tebu ini ditanam secara ladang dan dijual di pasar-pasar dan digelar sebagai pokok tebu telur atau trubus. Pokok ini dikenali sebagai duruka di wilayah Fiji dan pitpit di Papua New Guinea. Nariso pula digunapakai di wilayah Vanuatu.

Nama umum di dalam bahasa English ialah Cane inflorescence, Coastal pitpit, Cultivated Sugarcane, Duruka, Fiji asparagus, pitpit dan vegetable cane. Banyak kajian mereka, jurnal yang dibuat mengenai pokok ini.

Pokok tebu telur atau duruka mempunyai persamaan dengan pokok tebu yang lain, pokok jenis berbatang tidak bercabang, daun lurus memanjang berwarna hijau dengan tepi daun boleh melukakan kulit yang berselari pada setiap batang pokok. tumbuh serumpun dengan menghasilkan anak dari mata tunas. Batang mempunyai ruas bersaiz kurus dan tidak atau mempunyai sedikit kandungan gula. Uniknya pokok duruka ini menghasilkan umbut seakan telur atau span berwarna putih dibahagian pucuk pada setiap pokok. Juga boleh dikatakan seperti bunga kobis rasanya jika dimakan mentah tetapi tidak beraroma. Cara menanamnya menggunakan keratan batang.

Mengikut kajian pokok tebu berasal dari wilayah Papua New Guinea atau Irian Jaya dan menyebar ke Indonesia serta sekitarnya. Maka tidak hairan di Tanah Jawa dan Kalimantan banyak ditanam pokok ini.

Pertama kali tanomkinotuan tertarik dengan pokok tebu telur ini dalam media sosial yang diposkan oleh rakan-rakan. Oleh kerana bertani adalah satu hobi tanomkinotuan mencuba untuk dapatkan keratan untuk ditanam di laman rumah. Seminggu kemudian bagaikan tidak percaya apabila keratan batang tebu telur aka duruka ini sudah ada di depan mata setelah sampi melalui pembelian online.

Pokok duruka ini sesuai pada semua jenis tanah yang telah ditambah baja organik atau media yang dibaikpulih.

Petangnya tanomkinotuan gembur tanah dan bubuh sedikit baja organik. Cucuk batangnya secara menyerong dan siram dengan air. Percambahan keratan batang tebu telur atau duruka ini mengambil masa 3 minggu untuk bercambah. Mungkin disebabkan masa ditanam adalah pada musim kemarau menyebabkan percambahan agak lambat dan ianya mungkin cepat bercambah pada musim hujan.

Pokok duruka mengambil masa 3 bulan ke atas untuk menghasilkan telur atau umbut ditunasnya. Tunggu batangnya membenggok barulah sesuai dituai. Jika batang pokok masih lurus kejung, ia belum bersedia untuk dituai. Ia mudah dipatahkan dengan menariknya ke bawah di mana anak kecil pun boleh lakukannya.

Kopek kelopak daunnya dengan hati-hati dan akan nampaklah telur putih yang ada di dalamnya. Inilah yang dimakan sebagai sayur yang enak. Anda boleh memasaknya dengan lemak cili api, dicampurkan ke dalam aneka resepi sup atau sebagainya. Anda boleh mengoogle resepi tebu relur ini.

Makluman kepada pembaca bahawa 100 gram tebu telur mengandungi 89% air, 3.8-4.1 mg protein, 6.9-7.6 gram karbohidrat, 0.7 gram serat, 10 gram kalsium dan vitamin C 0.4-2.1 mg. Maksudnya ia bagus untuk kanak-kanak bagi pertumbuhan tulang dan mampu membekalkan vitamin C secara semula jadi.


Hasil tuaian

Juga pokok tebu telur ini bermanfaat sebagai herba untuk manusia terutamanya akar yang boleh mengatasi masalah gynaecological, penyakit respiratory, juga mampu mengurangkan masalah astringent, emollient refrigerant, diuretic  purgative, tonic dan aphrodisiac. Akarnya juga mampu mengawal dan meransang masalah dyspepsia, burning sensation piles dan sexsual weakness. Alhamdullilah sesuai untuk para lelaki diluar sana hihihihi...

Pokok tebu telur bukan sahaja sedap dimakan tetapi juga sangat bermanfaat kepada kesihatan manusia.


Tebu telur yang dibuang kelopak daun

Berminat untuk menanam pokok tebu telur, tanomkinotuan membekalkan keratan dengan hanya rm10 (4 keratan batang), postage ke seluruh Malaysia rm11.60. Jika berminat whatsapp ke 019-5320756 (jus) atau emailkan ke borosmomogun@gmail.com untuk maklumat selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan